𝙆𝙃𝙐𝙎𝙔𝙐𝙆


IMG-20211127-WA0013.jpg

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Dari segi bahasa: Tunduk/Rendah
Dari segi istilah: Merendahkan diri di hadapan keagungan Allah SWT

Sehingga tidak melihat kepada diri sendiri apa pun. Meskipun takhta, harta, apa pun juga.

Solat orang berjaya adalah solat yang khusyuk. Jika belum khusyuk bermakna belum sampai peringkat iman yang sempurna untuk meraih kejayaan. Ilmu yang pertama diangkat dari muka bumi ini adalah ilmu khusyuk contohnya ramai orang yang solat tetapi tidak khusyuk. Solat yang khusyuk bermula dari wuduk yang khusyuk yakni sempurna wuduknya.

Khusyuk berkurang bilamana makrifat kepada Allah berkurang, membesarkan yang selain dari Allah. Orang mengerti khusyuk tidak akan sombong. Kurang khusyuknya jika masih melihat kehebatan dalam diri.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

https://t.me/habibalialhamid


Comments 1


image.png

05.12.2021 03:15
0