AMALAN TERBAIK


images.jpeg

Seorang sahabat datang kepada Rasulullah ﷺ dan bertanya tentang amalan-amalan yang baik. Nabi ﷺ mengatakan amalan yang paling baik adalah iman kepada Allah dan jihad di jalan Allah.

“Kalau seseorang tak mampu untuk berjihad?”
Maka diberitahukan oleh Nabi ﷺ agar supaya dia menunaikan apa yang diperintahkan Allah dalam zakatnya, dalam sedekahnya.

“Kalau tidak mampu?”
Kalau begitu hendaklah dia membantu orang lain.

“Kalau dia tak boleh nak membantu orang lain?”
Bantulah dirimu untuk tidak menjadi sebab mudarat kepada orang lain. Itu pun dah sedekah kamu terhadap diri kamu. Dengan apa? Dengan mencegah diri menjadi sebab mudarat kepada orang lain.

Tak boleh tolong orang, jangan bahayakan orang. Tak boleh senangkan orang, jangan susahkan orang. Bantulah diri kita sendiri dengan tidak membebankan kepada orang lain, menyusahkan orang lain. Itu sedekah kita terhadap diri sendiri.

Al Habib Ali Zaenal Abidin

https://t.me/pencintahabibali


Comments 1


image.png

07.12.2021 11:19
0